Mengapa Takbir Hari Raya Sebut sebut "Perang Ahzab" dalam Kalimat nya ?

Artikel Terbaru Lainnya :




  Ayo  Jalan Terus  - Mengapa Takbir Hari Raya Sebut "Perang Ahzab"?

1. Sadar atau tidak, dalam lafaz takbir Hari Raya kita sering diingatkan tentang peristiwa Perang Ahzab. Peristiwa ini termaktub di dalam lafaz:

صَدَقَ وَعْـدَهُ وَنَصَرَعَبِدَهُ وَاَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ

“Allah telah membenarkan janjinya, membantu hambanya, dan mengalahkan pasukan al-Ahzab dengan sendirinya.” (HR Muslim)

2. Menurut al-Imam al-Nawawi, perkataan Ahzab di dalam lafaz takbir ini merujuk kepada Perang Khandaq atau dikenali juga dengan Perang Ahzab. Kata al-Nawawi:

والمراد بالأحزاب الذين اجتمعوا يوم الخندق وتحزبوا على رسول الله

“Dan yang dimaksudkan dengan al-Ahzab (di dalam lafaz ini) adalah mereka yang bersekutu di dalam Perang Khandaq untuk memerangi Rasulullah.” (al-Nawawi, Sharh Muslim).

3. Jadi, mengapa Takbir Hari Raya ini mengingatkan kita tentang Perang Ahzab ini? Perang Ahzab terjadi ketika serangan orang kafir itu datang dari segenap pelusuk untuk menghapuskan perjuangan Islam. Firman Allah:

إِذْ جَاءُوكُم مِّن فَوْقِكُمْ وَمِنْ أَسْفَلَ مِنكُمْ

“Dan ketika mereka datang dari atas dan bawah kamu.” (QS al-Ahzab [33]: 10)

4. Berarti Perang Ahzab ini mengingatkan kepada kita tentang situasi yang sangat genting yang pernah dihadapi oleh Rasulullah SAW serta para pejuang Islam. Peringatan ini kekal sehingga hari ini.

Hari ini umat Islam ditekan dan di asak dari atas dan bawah. Tekanan berlaku dalam bentuk fisik (seperti peperangan ke atas umat Islam) begitu juga tekanan mental dari aspek serangan ideologi seperti Liberalisme, pluralisme dan sekularisme.

5. Ketika asakan serta tekanan dikenakan ke atas kaum Muslim dalam Perang Ahzab, kumpulan Munafiq pula datang menimbulkan keraguan dari dalam. Perkara ini diabadikan oleh Allah dalam firmannya:

وَإِذْ قَالَتْ طَائِفَةٌ مِنْهُمْ يَا أَهْلَ يَثْرِبَ لا مُقَامَ لَكُمْ فَارْجِعُوا

Dan [ingatlah] ketika segolongan (Munafik) di antara mereka berkata: "Hai penduduk Yatsrib [Madinah], tidak ada tempat bagimu, maka kembalilah kamu". Dan sebahagian dari mereka minta izin kepada Nabi [untuk kembali pulang] dengan berkata: "Sesungguhnya rumah-rumah kami terbuka [tidak ada penjaga]". Dan rumah-rumah itu sekali-kali tidak terbuka, mereka tidak lain hanyalah hendak lari (dari perang). (al-Ahzab: 13)

6. Ayat ini mengingatkan kita bagaimana kumpulan Munafiq ini datang untuk meragukan kaum Muslimin tentang perjuangan mereka, malah menakutkan Muslim tentang ancaman serta risiko yang bakal dikenakan kepada mereka.

Begitulah juga yang berlaku hari ini, terdapat kumpulan Muslim yang meragukan kefahaman tentang Islam, mereka mencampur-adukkan fahaman Liberalisme dan pluralisme ke dalam pemikiran Muslim.

7. Bukan sahaja Takbir ini mengingatkan kita tentang kesusahan perjuangan Rasulullah membawa Tauhid, ia juga adalah ikrar kita untuk memerangi kekufuran sekalipun dibenci oleh orang kafir. Ia termaktub dalam lafaz:

وَلَا نَعْبُدُ إلَّا اياه مُخْلِصِينَ له الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

“Dan kami tidak menyembah selain Allah, dalam keadaan ikhlas dan bagiNya adalah agama (kami patuh ajaran agama), sekalipun dibenci oleh orang kafir.”

8. Anehnya hari ini, terdapat dikalangan kita yang lebih menjaga hati si kafir berbanding menjaga hak Allah. Mereka lebih lunak bersama orang kafir namun bersikap keras terhadap saudara Muslim.

Sedarlah kita bahawa inilah Takbir yang kita ikrarkan setiap Hari Raya. Orang beriman tidak bimbang dibenci kafir ketika berjuang meletakkan Islam yang tertinggi.

Semoga Allah membimbing kita semua.

(Oleh: Dr. Ahmad Sanusi Azmi)




republished by AYO JALAN TERUS -   Good Day Good News :)  



Back to Top